++ MA yang macam bagus! ++

Syok nye bila ada kat umah....... bangun pagi je makanan dah tersedia. sedap + free pulak tuh.. harus lah free dah nama pun duduk kat umah. Lupa kan segala soalan-soalan final yang lepas, sekarang masa untuk merehat kan kepala otak and badan selama 2 bulan.. Syok kan??? :D Objective aku cuti 2 bulan ni nak menternak lemak sebayak yang boleh. tapi jangan bam-bam sudah. HEHE

Actually semalam aku tak berapa sihat. dari tengah malam sabtu tu sampai subuh aku tak boleh tido. batok tak lepas, dada jadi sesak. kalau baring lagi lah rasa tak boleh nak bernafas. Jadi, lepas abah balik solat subuh, aku dah siap-siap nak ajak abah g hospital. tak tahan aku.. dah macam nak putus nyawa rasa nya.

Pukul 6.45am aku ngan abah sampai kat wad kecemasan. masa tu takde sorang pesakit pun. memang lengang lah. lepas daftar and cek darah tunggu lah kejap sementara nak masuk dalam untuk dapat kan rawatan. tunggu punya tunggu dari takde orang sampai ada 2,3 keluarga nama aku tak di panggil-panggil jugak. Masa tu dah pukul 7.15am. dah 30 minit kot tunggu. kata wad kecemasan tapi service very SLOW...!! lepas tu abah pun tanya la kat sorang nurse kat situ mana doktor or MA sebab dah lama tunggu. rupanya diorang tengah tukar shift. MA diorang masuk lambat.

Tak lama tu baru lah nama aku di panggil. bila masuk dalam si MA ni macam nak marah-marah kat aku sebab aku bising tadi nama lambat dipanggil. Padahal dia yang masuk keje lambat. sumpah geram. aku perasan tangan MA tu terketar. Kenapa?? Nak marah aku? Marah la kalau berani..  Bila dia tanya aku sakit ape and ape-ape yang berkaitan aku jawab sepatah-sepatah je. Malas nak mengadap muka dia..eeeee geram!!!!

Lepas si MA yang macam bagus tu cek aku dia bagi aku ubat angin. then suruh rehat jap. sakit dada still tak hilang gak. lepas tu datang la nurse tadi nk bagi injection kat aku. Eh lupa nak kabor, nurse ni sebenarnya one if my fren. Mira nama dia. 

hasil injection semalam. sakit jugak woo


Lepas dapat injection terus kepala jadi pening. aku tengok katil pun dah goyang-goyang. baring jap kat katil. Bila dah hilang pening baru la pegi ambik ubat. ambik ubat ngan MA tu lagi.. ok, terpaksa menatap muka dia dengan penuh kesabaran. Kalo boleh masa nak keluar dari bilik rawatan tu nak je aku basuh sikit si MA tuh, tapi memandangkan ada Mira kat situ so tak jadi lah.. Pape pun thanks for your service. Lepas ni malas dah dapat kan rawatan kat hospital. Huh!!





++ Where are you..?? ++



Yes, sometime I just need someone to talk to.. share my happiness and sadness.
But, you won't be there.  It's ok. I'll keep think positive whatever happen in my life. I believe God try to test me. 

++ Exam oii ++

Final exam just around the corner.. dah ready ke? *ready sangat!* dah tak payah nak menggedik, kamu dah boleh start study Jannah. no more Running Man, no more BigBang no more horror movie.
Argghhhhh!! Ini semua POYO!! skema sangat dah ni. ok2, nanti bila dah sampai masa aku study lah. *bila ntah??*


see?? seat exam pun keluar. get ready Nescafe for stay up. semoga sem ni aku dapat hadapi exam dengan tenang, n get flying colors result. DL plizzz.. HUHU

++ Tau pun takut. HAHA ++


Main-main lagi dengan aku, bila aku dah start merajuk baru tau takut. HAHA comel la kawan aku sorg nih. Nasib bagi pic comel ni, terus hilang rajuk aku. Fatin.. Fatin..

++ Ya Allah Terima Kasih ++


Ya Allah.. terima kasih sangat-sangat and berasa bersyukur jugak sebab apa yang aku minta sehari dua ni Tuhan dah makbulkan malam tadi. even sekejap, tapi bermakna sangat-sangat.







malam semalam tido dengan senyuman
(^___^)


++ HURT ++


Terkilan.. sangat terkilan. kalau dah niat dari awal macam tu, sampai bila-bila pun sama jugak. :'(

++ Segmen : Bloglist Comel by Yuuyaa ++



sapa nak join sila click banner tu ye..
(^_^)

++ Malacca, I Love U ++

Ini adalah entry yang dah di kepam dalam draft selama 4 hari. Baru 4 hari. Tak bau busuk pun lagi oke.
Meh sini nak cerita, last week aku pegi menghabis kan sisa-sisa cuti aku ni dengan merayap kat Melaka. Benda ni semua Kak Ain yang plan sebenarnya, dia suruh aku and Fatin Kema datang Melaka and tido umah Fatin Tiqah. Aku gerak pegi sana pagi Jumaat naik bas pukul 8.30. Mujur bas Jengka Liner sekarang dah buat laluan ke sana. so tak payah aku nak kena naik 2 bas macam dulu-dulu tu.. :)

Sampai Melaka dalam pkul 2.00 gitu. pegi makan jap sorg-sorg sementara tunggu Fatin Kema sampai. Rupanya beliau lambat bangun pagi tu. tapi takpe la aku tunggu dia pulak kali ni sebab dulu dia dah penah tunggu aku berjam-jam. HEHE 

Aktiviti kami bermula pada hari Sabtu. Jumpa Kak Ain kat stesen bas Masjid Tanah then gerak pegi MC. Sampai sana Bob a.k.a our driver dah sedia menunggu. 1st plan nak pegi umah Madam Farakhchima. tapi Madam pulak takde. Rupanya madam ada seminar. Takde rezeki nak jumpa. Next time ye madam. Lepas tu kami sume gerak pegi Mahkota Parade, makan kat Seoul Garden. makan sampai pengsan. Bob kalo makan memang tak hengat lah kan. dia saja dah bape pinggan. tengok perut la. HEHE

Pastu pegi melenguhkan tangan dengan main bowling pulak. oke, dh lama giler tak main bowling. masuk longkang ntah bape kali. ye, aku lah juara longkang. HAHA pastu budak-budak ni shopping sikit kat bawah tu. oh lupa kena belanja Coolblog kat Fatin Kema sebab dah janji. dah tunai kan pun. *sila senyum fatin*


Meh layan gambar seketul dua. 


**********












*konon letak seketul dua, tapi terbanyak pulak*

**********

Ahad esok nya sebelum balik sempat lagi pegi karok. Bob and sepupunya  datang Masjid Tanah ambik aku and Fatin Kema. kami karok kat Aeon Jusco. beli 1 jam percuma 1 jam. bilik best. sound system ok.. tapi............ tengah-tengah syok karok black out pulak. di ulang BLACK OUT. 1st time aku pegi karok jadi macam ni. haru biru dibuatnya. nasib baik black out tu kejap je. 

Tak boleh nak karok lama-lama sebab aku dah nak kena balik. kejar masa oii. bas aku pukul 2.45. keluar dari Jusco pkul 2.20. nampak macam dekat MC ngan Jusco tapi bila dah kena hadap traffic light jadi lama giler.. dah la lampu merah aje memanjang. stress!! elok sampai kat MC aku nampak bas dah gerak nak keluar.. argh! apa lagi, kami kejar la bas tu. bukan kejar pakai kaki, tapi naik kete ye.. kejar punya kejar last- last dapat jugak. Sori Bob sebab menyusahkan kamu.. HEHE 


*senyum kelat sebab kena tinggal bas*


Fuh! penat sungguh la makan angin kali ni. Rindu nak jumpa mereka-mereka dah terubat.
Next time aku datang lagi. Nanti kita jumpa lagi ye. Love them 





esok plan nak pegi bookfair pulak.
Lejen Press and Terfaktab wait for me ya. :)

++ Countdown ++

Bukan countdown tahun baru tapi aku sekarang countdown nak exam. next week 9hb final dah start. study?? macam tak jalan. nak tak nak kena redah jugak. wish me luck!




++ New Year ++

Percayalah.. hari ni 99.9% blogger akan update new entry bersempena tahun baru. Termasuklah aku.haha
Sekejap je masa berlalu. Bila tahun bertambah maka umo pun makin meningkat. 23 dah aku tahun ni. Aku yakin tahun ni makin ramai kawan-kawan aku yang kawen. Aku? lambat lagi. Hope tahun ni aku dapat menghabiskan pengajian aku dengan jaya nya. Amin..





2103, please be nice year to me.