++ Tau pun takut. HAHA ++


Main-main lagi dengan aku, bila aku dah start merajuk baru tau takut. HAHA comel la kawan aku sorg nih. Nasib bagi pic comel ni, terus hilang rajuk aku. Fatin.. Fatin..

++ Ya Allah Terima Kasih ++


Ya Allah.. terima kasih sangat-sangat and berasa bersyukur jugak sebab apa yang aku minta sehari dua ni Tuhan dah makbulkan malam tadi. even sekejap, tapi bermakna sangat-sangat.







malam semalam tido dengan senyuman
(^___^)


++ HURT ++


Terkilan.. sangat terkilan. kalau dah niat dari awal macam tu, sampai bila-bila pun sama jugak. :'(

++ Segmen : Bloglist Comel by Yuuyaa ++



sapa nak join sila click banner tu ye..
(^_^)

++ Malacca, I Love U ++

Ini adalah entry yang dah di kepam dalam draft selama 4 hari. Baru 4 hari. Tak bau busuk pun lagi oke.
Meh sini nak cerita, last week aku pegi menghabis kan sisa-sisa cuti aku ni dengan merayap kat Melaka. Benda ni semua Kak Ain yang plan sebenarnya, dia suruh aku and Fatin Kema datang Melaka and tido umah Fatin Tiqah. Aku gerak pegi sana pagi Jumaat naik bas pukul 8.30. Mujur bas Jengka Liner sekarang dah buat laluan ke sana. so tak payah aku nak kena naik 2 bas macam dulu-dulu tu.. :)

Sampai Melaka dalam pkul 2.00 gitu. pegi makan jap sorg-sorg sementara tunggu Fatin Kema sampai. Rupanya beliau lambat bangun pagi tu. tapi takpe la aku tunggu dia pulak kali ni sebab dulu dia dah penah tunggu aku berjam-jam. HEHE 

Aktiviti kami bermula pada hari Sabtu. Jumpa Kak Ain kat stesen bas Masjid Tanah then gerak pegi MC. Sampai sana Bob a.k.a our driver dah sedia menunggu. 1st plan nak pegi umah Madam Farakhchima. tapi Madam pulak takde. Rupanya madam ada seminar. Takde rezeki nak jumpa. Next time ye madam. Lepas tu kami sume gerak pegi Mahkota Parade, makan kat Seoul Garden. makan sampai pengsan. Bob kalo makan memang tak hengat lah kan. dia saja dah bape pinggan. tengok perut la. HEHE

Pastu pegi melenguhkan tangan dengan main bowling pulak. oke, dh lama giler tak main bowling. masuk longkang ntah bape kali. ye, aku lah juara longkang. HAHA pastu budak-budak ni shopping sikit kat bawah tu. oh lupa kena belanja Coolblog kat Fatin Kema sebab dah janji. dah tunai kan pun. *sila senyum fatin*


Meh layan gambar seketul dua. 


**********












*konon letak seketul dua, tapi terbanyak pulak*

**********

Ahad esok nya sebelum balik sempat lagi pegi karok. Bob and sepupunya  datang Masjid Tanah ambik aku and Fatin Kema. kami karok kat Aeon Jusco. beli 1 jam percuma 1 jam. bilik best. sound system ok.. tapi............ tengah-tengah syok karok black out pulak. di ulang BLACK OUT. 1st time aku pegi karok jadi macam ni. haru biru dibuatnya. nasib baik black out tu kejap je. 

Tak boleh nak karok lama-lama sebab aku dah nak kena balik. kejar masa oii. bas aku pukul 2.45. keluar dari Jusco pkul 2.20. nampak macam dekat MC ngan Jusco tapi bila dah kena hadap traffic light jadi lama giler.. dah la lampu merah aje memanjang. stress!! elok sampai kat MC aku nampak bas dah gerak nak keluar.. argh! apa lagi, kami kejar la bas tu. bukan kejar pakai kaki, tapi naik kete ye.. kejar punya kejar last- last dapat jugak. Sori Bob sebab menyusahkan kamu.. HEHE 


*senyum kelat sebab kena tinggal bas*


Fuh! penat sungguh la makan angin kali ni. Rindu nak jumpa mereka-mereka dah terubat.
Next time aku datang lagi. Nanti kita jumpa lagi ye. Love them 





esok plan nak pegi bookfair pulak.
Lejen Press and Terfaktab wait for me ya. :)