++ kasihani lah bayi ni.. :'( ++


helo readers, tadi tengah syok2 online kt Fb bukak page family.. ada anak buah aku ni share 1 email. tersentuh plak bila baca nya..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

nie pic baby tu.. kesian sangat.

diharap kan korang2 yang dah baca belog ni dapat la membantu.

semoga baby nie cepat sembuh... amin..

++ rindu dah terubat!!!!!! ++

pergh! dah lama giler tak update belog ni kan? haha
bz giler kot.
ade macam2 citer sebenarnya, tak larat la nak story semua. aku citer yang best2 sudah kan...? hehe

oke, kelmarin 17hb, aku buat 1 keje giler.. haha
ntah angin mana datang tetibe rasa nak jumpa my dear. dah lama sgt kiteorg tak jumpa. last jumpa pun masa raya haji tahun lepas.. cuba korg kira bape lama? haha org laen rasanya dah tak sanggup kot. memandangkan dah rindu sangat999x aku pegi KL jumpa dia. aku naek bas dari muadzam sampai ke seremban.then ambik komuter lak g batang benar..(xleh blah ngan nama tempat nie. klasik now rasanya..haha) dia datang ambik aku kat sana. sehari semalam merayap sakan.
tengok wayang kat the mines, maen bowling, makan kfc sampai pengsan*tiputipu. heaven giler...............!!!!!!!!!!!!!

bila dah penat berkampung kat the mines tu, kiteorg pun nak balek la. my dear ni bawak motor je, nak beli kete xde duit ag, xpe.. lagipun dia baru start keje, duit memang xbape nak ade lah kan.. its ok. time nak balek tu , motor plak buat hal. motor xboleh nak start. pergh, aku tengok dia dah berpeluh2 dah. bila tanya "cyg oke ke ni?" dia jawab "oke je, xpew nanti idup la ni.." kesian giler kot. bila dah try start bagai nak rak,motor x idup2 jugak. terpaksa la call member 1 umah ngan dia datang. (dak wan ngan taiko) si taiko nie tolong tolak motor ngan my dear dari the mines sampai ke umah diorg kat bukit mahkota.. jauh kot! kesian sangat2. aku naek kete ngan dak wan ni.. naseb la member 1 umah dia ni boleh harap. tapi aku rasa bersalah giler sebab kedatangan aku ke KL tu dah menyusah kan org laen plak. malu pun ade.. :(

dah sampai bukit mahkota tu, terpaksa la pinjam motor si taiko nie. duit minyak aku yang bayar. kiteorg merayap lagi. ingat nak lepak kat putra, tapi xboleh masuk plak, jalan ke masjid n dataran putra di tutup. pegi ke KL la plak, lalu depan dataran macam x syok plak nak lepak situ.. last2 pusing2 je la.. bayangkan mata dah mengantuk tapi layan kan juga. kalau tertido atas motor bahaya w0o....
bila dah pagi kiteorg breakfast kat mcD je.. time nak balek jadi 1 hal lagi.. tiket bas abis! di ulang tiket bas abis!!!!!!!!!!!!! down giler... time tu dah ade kat terminal kajang kot.
call kak ain,mintak pendapat dia. dia suruh turun seremban. tapi aku xyakin, sebab aku tau tiket kat sana pun mesti dah banyak abis.. muka dah xboleh nak senyum dah time tu..
bila dia tengok aku ngah sedih tu, my dear pun xsampai hati, so, dia sanggup antar aku kat pekeliling. sekali lagi turun KL.. menyusah kan dai lagi.. :'(
alhamdulillah kat sana ade tiket ke kuantan, syukur sangat2. time kat sini pun sedih jugak, sedih nak lepaskan dia....... uhuk! :'(
tapi macam mana pun aku kena balek juga, xkan nak merayap lagi kot. dah la dia xcukup tido. esok nye nak keje lagi, nak kene repair motor yang rosak lagi.. hurmm
ape2 pun semua rindu yang terpendam hampir 10 bulan dah dapat dilepas kan.. sekejap je rasanya..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

cyg, walau ape pun terjadi, cinta hati kita hanya cyg sorg je, kita akan tetap tunggu cyg.

miss u a lot!
love u damn much!
mmmmmmmuuuuaaaahhhh!
:)

++ Hepi Eid Day ++


hari raya yang sangat sibuk sampai tak sempat nak update belog nie.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!!


*ape rase tengok pic tu?
hehe