++ Raya ++

Hai!! Selamat Hari Raya.. lambat betul aku ni. Almaklum la kebusyan yang keterlampauan.

Raya kali ni Along aku beraya kat sini, Alang pulak beraya kat umah mak mertua di Keratong. Along dah berbadan dua, InsyaAllah bulan 10 nanti dapat lagi sorang anak buah..

Raya Pertama..

Macam biasa ada baraan kat umah. menu raya kali ni Nasi Lemak Kukus. aku yang bagi idea tapi mak jugak la yang masak kan.. hehe aku tolong jugak ok!

Lepas Zohor, sesi konvoi pun bermula. mula-mula Ayu datang beraya kat umah aku dulu, then baru la kiteorg gerak ke umah Amir --> Wan Nayan --> Ujang --> Cikgu Yati --> Zainor Ain --> Azam --> Aida and umah terakhir ialah umah As..

-dengan Cikgu Yati-


-depan umah Ujang-

-sama x? x janji oke.. kebetulan je ni -


Macam-macam ragam bila dah beraya ramai ramai ni.. bila jumpa member yang dah lama tak jumpa rasa macam kekok pun ade, tapi kejap je.. pastu havoc la. haha

Raya Kedua..

Aku ajak Amir pegi Jengka 4 jumpa Nyna one of my BFF masa kat sek men dulu.. saja bagi surprise kat dia cakap nak beraya umah dia.. tertanya2 dia aku datang dengan sapa. aku tak pegi 2 org dengan Amir, aku ajak Lily sekali memandangkan dulu masa Form 1 n 2 diorg penah satu sekolah so aku ajak la..

-cantik kan Nyna- :)

Raya Ketiga..

Syahfi datang beraya kat umah. Lepas tu kami (aku, Syahfi, Wan n Udin) pegi beraya Jengka 14 pulak. sebelum tu singgah umah Zuera dulu. anak dia dah besar wey.. aku rasa macam dia baru je bersalin dulu. haha

Raya Keempat..

Hari ni baru sempat nak beraya sama-sama family.. umah sepupu ade buat open house. macam-macam makanan ada..


ok penat dah..
assignment tak usik lagi nih.. terbaik kan?? haha


2 comments:

dilladoodledat said...

samela kite pun x usik esaimen lg heee

Jannah Latif said...

last2 buat kt uni jugak.. hehe