++ MA yang macam bagus! ++

Syok nye bila ada kat umah....... bangun pagi je makanan dah tersedia. sedap + free pulak tuh.. harus lah free dah nama pun duduk kat umah. Lupa kan segala soalan-soalan final yang lepas, sekarang masa untuk merehat kan kepala otak and badan selama 2 bulan.. Syok kan??? :D Objective aku cuti 2 bulan ni nak menternak lemak sebayak yang boleh. tapi jangan bam-bam sudah. HEHE

Actually semalam aku tak berapa sihat. dari tengah malam sabtu tu sampai subuh aku tak boleh tido. batok tak lepas, dada jadi sesak. kalau baring lagi lah rasa tak boleh nak bernafas. Jadi, lepas abah balik solat subuh, aku dah siap-siap nak ajak abah g hospital. tak tahan aku.. dah macam nak putus nyawa rasa nya.

Pukul 6.45am aku ngan abah sampai kat wad kecemasan. masa tu takde sorang pesakit pun. memang lengang lah. lepas daftar and cek darah tunggu lah kejap sementara nak masuk dalam untuk dapat kan rawatan. tunggu punya tunggu dari takde orang sampai ada 2,3 keluarga nama aku tak di panggil-panggil jugak. Masa tu dah pukul 7.15am. dah 30 minit kot tunggu. kata wad kecemasan tapi service very SLOW...!! lepas tu abah pun tanya la kat sorang nurse kat situ mana doktor or MA sebab dah lama tunggu. rupanya diorang tengah tukar shift. MA diorang masuk lambat.

Tak lama tu baru lah nama aku di panggil. bila masuk dalam si MA ni macam nak marah-marah kat aku sebab aku bising tadi nama lambat dipanggil. Padahal dia yang masuk keje lambat. sumpah geram. aku perasan tangan MA tu terketar. Kenapa?? Nak marah aku? Marah la kalau berani..  Bila dia tanya aku sakit ape and ape-ape yang berkaitan aku jawab sepatah-sepatah je. Malas nak mengadap muka dia..eeeee geram!!!!

Lepas si MA yang macam bagus tu cek aku dia bagi aku ubat angin. then suruh rehat jap. sakit dada still tak hilang gak. lepas tu datang la nurse tadi nk bagi injection kat aku. Eh lupa nak kabor, nurse ni sebenarnya one if my fren. Mira nama dia. 

hasil injection semalam. sakit jugak woo


Lepas dapat injection terus kepala jadi pening. aku tengok katil pun dah goyang-goyang. baring jap kat katil. Bila dah hilang pening baru la pegi ambik ubat. ambik ubat ngan MA tu lagi.. ok, terpaksa menatap muka dia dengan penuh kesabaran. Kalo boleh masa nak keluar dari bilik rawatan tu nak je aku basuh sikit si MA tuh, tapi memandangkan ada Mira kat situ so tak jadi lah.. Pape pun thanks for your service. Lepas ni malas dah dapat kan rawatan kat hospital. Huh!!





8 comments:

Liyana Rahim said...

alolor ciannya dia... get well soon.. :)

sha (chirp chirp) said...

huhu. sabo2. get well soon! :)

Jannah Latif said...

Liyana Rahim n sha : tQ both of you.. Alhamdulillah dah semakin sihat. :)

Nana Liena said...

kenapa Ma tak mesra pelanggan? huhu..nanti kalau tak mesra bertambh sakit patient tau..hehe.. get well soon n take care selalu.. ;)

Jannah Latif said...

Nana Liena : ntah la.. tq :)

S.K.A said...

salam..smoga sihat2 je :) hospital mana 2 eh??

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Dosug Киев said...

Индивидуалки Киева секс раком Лицо человека высказывает больше и более интересные вещи, нежели его уста: уста высказывают только мысль человека, лицо — мысль природы, индивидуалки Киева. Как долго не кончать Большинство мужчин сталкиваются с такой проблемой Приглашаю провести время в элитных апартаментах. Фогографии реальные мои и со мной :)! Вы будете довольны! Все включено и на отлично!