++ MA yang macam bagus! ++

Syok nye bila ada kat umah....... bangun pagi je makanan dah tersedia. sedap + free pulak tuh.. harus lah free dah nama pun duduk kat umah. Lupa kan segala soalan-soalan final yang lepas, sekarang masa untuk merehat kan kepala otak and badan selama 2 bulan.. Syok kan??? :D Objective aku cuti 2 bulan ni nak menternak lemak sebayak yang boleh. tapi jangan bam-bam sudah. HEHE

Actually semalam aku tak berapa sihat. dari tengah malam sabtu tu sampai subuh aku tak boleh tido. batok tak lepas, dada jadi sesak. kalau baring lagi lah rasa tak boleh nak bernafas. Jadi, lepas abah balik solat subuh, aku dah siap-siap nak ajak abah g hospital. tak tahan aku.. dah macam nak putus nyawa rasa nya.

Pukul 6.45am aku ngan abah sampai kat wad kecemasan. masa tu takde sorang pesakit pun. memang lengang lah. lepas daftar and cek darah tunggu lah kejap sementara nak masuk dalam untuk dapat kan rawatan. tunggu punya tunggu dari takde orang sampai ada 2,3 keluarga nama aku tak di panggil-panggil jugak. Masa tu dah pukul 7.15am. dah 30 minit kot tunggu. kata wad kecemasan tapi service very SLOW...!! lepas tu abah pun tanya la kat sorang nurse kat situ mana doktor or MA sebab dah lama tunggu. rupanya diorang tengah tukar shift. MA diorang masuk lambat.

Tak lama tu baru lah nama aku di panggil. bila masuk dalam si MA ni macam nak marah-marah kat aku sebab aku bising tadi nama lambat dipanggil. Padahal dia yang masuk keje lambat. sumpah geram. aku perasan tangan MA tu terketar. Kenapa?? Nak marah aku? Marah la kalau berani..  Bila dia tanya aku sakit ape and ape-ape yang berkaitan aku jawab sepatah-sepatah je. Malas nak mengadap muka dia..eeeee geram!!!!

Lepas si MA yang macam bagus tu cek aku dia bagi aku ubat angin. then suruh rehat jap. sakit dada still tak hilang gak. lepas tu datang la nurse tadi nk bagi injection kat aku. Eh lupa nak kabor, nurse ni sebenarnya one if my fren. Mira nama dia. 

hasil injection semalam. sakit jugak woo


Lepas dapat injection terus kepala jadi pening. aku tengok katil pun dah goyang-goyang. baring jap kat katil. Bila dah hilang pening baru la pegi ambik ubat. ambik ubat ngan MA tu lagi.. ok, terpaksa menatap muka dia dengan penuh kesabaran. Kalo boleh masa nak keluar dari bilik rawatan tu nak je aku basuh sikit si MA tuh, tapi memandangkan ada Mira kat situ so tak jadi lah.. Pape pun thanks for your service. Lepas ni malas dah dapat kan rawatan kat hospital. Huh!!





++ Where are you..?? ++



Yes, sometime I just need someone to talk to.. share my happiness and sadness.
But, you won't be there.  It's ok. I'll keep think positive whatever happen in my life. I believe God try to test me. 

++ Exam oii ++

Final exam just around the corner.. dah ready ke? *ready sangat!* dah tak payah nak menggedik, kamu dah boleh start study Jannah. no more Running Man, no more BigBang no more horror movie.
Argghhhhh!! Ini semua POYO!! skema sangat dah ni. ok2, nanti bila dah sampai masa aku study lah. *bila ntah??*


see?? seat exam pun keluar. get ready Nescafe for stay up. semoga sem ni aku dapat hadapi exam dengan tenang, n get flying colors result. DL plizzz.. HUHU

++ Tau pun takut. HAHA ++


Main-main lagi dengan aku, bila aku dah start merajuk baru tau takut. HAHA comel la kawan aku sorg nih. Nasib bagi pic comel ni, terus hilang rajuk aku. Fatin.. Fatin..

++ Ya Allah Terima Kasih ++


Ya Allah.. terima kasih sangat-sangat and berasa bersyukur jugak sebab apa yang aku minta sehari dua ni Tuhan dah makbulkan malam tadi. even sekejap, tapi bermakna sangat-sangat.







malam semalam tido dengan senyuman
(^___^)


++ HURT ++


Terkilan.. sangat terkilan. kalau dah niat dari awal macam tu, sampai bila-bila pun sama jugak. :'(

++ Segmen : Bloglist Comel by Yuuyaa ++



sapa nak join sila click banner tu ye..
(^_^)

++ Malacca, I Love U ++

Ini adalah entry yang dah di kepam dalam draft selama 4 hari. Baru 4 hari. Tak bau busuk pun lagi oke.
Meh sini nak cerita, last week aku pegi menghabis kan sisa-sisa cuti aku ni dengan merayap kat Melaka. Benda ni semua Kak Ain yang plan sebenarnya, dia suruh aku and Fatin Kema datang Melaka and tido umah Fatin Tiqah. Aku gerak pegi sana pagi Jumaat naik bas pukul 8.30. Mujur bas Jengka Liner sekarang dah buat laluan ke sana. so tak payah aku nak kena naik 2 bas macam dulu-dulu tu.. :)

Sampai Melaka dalam pkul 2.00 gitu. pegi makan jap sorg-sorg sementara tunggu Fatin Kema sampai. Rupanya beliau lambat bangun pagi tu. tapi takpe la aku tunggu dia pulak kali ni sebab dulu dia dah penah tunggu aku berjam-jam. HEHE 

Aktiviti kami bermula pada hari Sabtu. Jumpa Kak Ain kat stesen bas Masjid Tanah then gerak pegi MC. Sampai sana Bob a.k.a our driver dah sedia menunggu. 1st plan nak pegi umah Madam Farakhchima. tapi Madam pulak takde. Rupanya madam ada seminar. Takde rezeki nak jumpa. Next time ye madam. Lepas tu kami sume gerak pegi Mahkota Parade, makan kat Seoul Garden. makan sampai pengsan. Bob kalo makan memang tak hengat lah kan. dia saja dah bape pinggan. tengok perut la. HEHE

Pastu pegi melenguhkan tangan dengan main bowling pulak. oke, dh lama giler tak main bowling. masuk longkang ntah bape kali. ye, aku lah juara longkang. HAHA pastu budak-budak ni shopping sikit kat bawah tu. oh lupa kena belanja Coolblog kat Fatin Kema sebab dah janji. dah tunai kan pun. *sila senyum fatin*


Meh layan gambar seketul dua. 


**********












*konon letak seketul dua, tapi terbanyak pulak*

**********

Ahad esok nya sebelum balik sempat lagi pegi karok. Bob and sepupunya  datang Masjid Tanah ambik aku and Fatin Kema. kami karok kat Aeon Jusco. beli 1 jam percuma 1 jam. bilik best. sound system ok.. tapi............ tengah-tengah syok karok black out pulak. di ulang BLACK OUT. 1st time aku pegi karok jadi macam ni. haru biru dibuatnya. nasib baik black out tu kejap je. 

Tak boleh nak karok lama-lama sebab aku dah nak kena balik. kejar masa oii. bas aku pukul 2.45. keluar dari Jusco pkul 2.20. nampak macam dekat MC ngan Jusco tapi bila dah kena hadap traffic light jadi lama giler.. dah la lampu merah aje memanjang. stress!! elok sampai kat MC aku nampak bas dah gerak nak keluar.. argh! apa lagi, kami kejar la bas tu. bukan kejar pakai kaki, tapi naik kete ye.. kejar punya kejar last- last dapat jugak. Sori Bob sebab menyusahkan kamu.. HEHE 


*senyum kelat sebab kena tinggal bas*


Fuh! penat sungguh la makan angin kali ni. Rindu nak jumpa mereka-mereka dah terubat.
Next time aku datang lagi. Nanti kita jumpa lagi ye. Love them 





esok plan nak pegi bookfair pulak.
Lejen Press and Terfaktab wait for me ya. :)

++ Countdown ++

Bukan countdown tahun baru tapi aku sekarang countdown nak exam. next week 9hb final dah start. study?? macam tak jalan. nak tak nak kena redah jugak. wish me luck!




++ New Year ++

Percayalah.. hari ni 99.9% blogger akan update new entry bersempena tahun baru. Termasuklah aku.haha
Sekejap je masa berlalu. Bila tahun bertambah maka umo pun makin meningkat. 23 dah aku tahun ni. Aku yakin tahun ni makin ramai kawan-kawan aku yang kawen. Aku? lambat lagi. Hope tahun ni aku dapat menghabiskan pengajian aku dengan jaya nya. Amin..





2103, please be nice year to me.

++ Bola vs Konsert ++

Amacam perlawanan bola semalam? sakit hati tak? tu semua pasal Reff yang bangang nak mampus.. Marah ke Reff tu dari semalam tak habis-habis lagi. Rata-rata yang tengok bola semalam pun boleh tahu kan apa yang Reff tu buat. bila log in je Fb, hambek kau... semua orang update pasal benda yang sama. member aku pun sampai boikot tengok citer Korea sebab Reff tu orang Korea. tapi dia boikot kejap je tuh. HAHA

Its ok la Harimau Malaya, I tetap sokong U.. Kalah pun, kalah bermaruah kan? senyum sikit Harimau Malaya.. aauuummmmm!!! :)

Lepas tengok bola, aku siap-siap pulak pegi audi kat kampus. Malam tadi adalah malam kemuncak untuk Malam Kesenian Islam kat uni aku. So ada beberapa artis jemputan. Antaranya Sham Kamikaze, Catriona Ross, In-Team, dan Seedrain.

Time sampai tu In-Team tengah buat persembahan.. ok la. tapi part yang paling best bila dengar petikan gitar dari Sham Kamikaze. Aigoo... terbuai-buai weyh. Actually sebelum Sham Kamikaze dah penah datang uni aku, tapi masa tu aku busy dengan assignment bagai, tak dapat la join. So, kali ni dapat jugak tengok dia secara live. 

Pic? tak dapat la nak snap sama.. :(

Its ok.. balik je dari kampus on Twitter jap, saja mention nama Sham Kamikaze, tak sangka pulak yang dia akan balas tweet aku tu. HAHA *kembang jap*

-abaikan nama aku di Twitter-




++ Berbaloi ke? ++

Assalamualaikum..
Selamat hari rabu semua.

Aku tengah runsing ni. Baru-baru ni aku ade IM sorang pakar Metafizik ni. Saja nak tengok potensi diri aku macam mana. sekali dia balas kalau nak tau lebih lanjut kena bank in kan duit dalam RM200++ gitu.
Adoi, macam mana yek? aku memang nak tahu tapi berbaloi kah kalau aku bank in ke dia.. ke nak buat macam tak nampak je RM200++ tu. haish! 

I need your opinion. please............


++ Thanks a lot ++

Tak ada apa lagi yang mampu aku ucapkan selain terima kasih banyak-banyak dekat Mak dan Abah sebab sanggup datang Muadzam nak tengok aku yang tak lalu makan dah seminggu ni. Dah la tu, Mak siap bawak nasi, gulai ikan merah, ayam goreng, n buah dukung (tak tau betul ke tak ejaaan nye) pulak tu. Punya la gigih.. tadi siap berkelah lagi tau. HEHE


Aku tak mengharapkan pun diorg nak datang. Yang semalam pun aku call saja nak bagi tau yang aku dah seminggu tak lalu makan. Tak sangka pulak boleh buat abah risau sampai macam tu sekali. Bersalah nye rasa sebab dah menyusahkan diorg. :(

Mak.. Abah.. Mintak maaf kalau saya menyusahkan mak abah. Tapi apa-apa pun saya nak ucap TERIMA KASIH SANGAT SANGAT SANGAT sebab prihatin dengan kesihatan anak dia ni.  Sayang mak abah dunia akhirat. Semoga Allah melimpah kan rahmatnya kepada mak abah dah di panjangkan umur.


- pic raya puasa tahun ni dengan arwah atok -
rindu atok jugak Al-Fatihah :(








walaupun dah jumpa siang tadi rindu tu tetap ada.
(^__^)



++ Homesick! ++

Aku dah seminggu tak lalu makan.. tak tau nape. dulu yela, bila ada masalah je tak lalu makan.. tapi sekarang mana ada masalah apa pun.. semua ok.

Call mak.. then cakap ngan abah. bagi tau yang aku tak lalu makan. aku cakap aku rindu abah. air mata dah bertakung.. bila abah cakap nak datang Muadzam nak antar ubat terus aku nangis.. abah rindu aku jugak??
tears again. :'(




++ kawen lagi ++

Sejak-sejak umo dah meningkat ni makin banyak pulak dapat undangan majlis kawen .. 1hb baru-baru ni aku gerak g Palong attend majlis kawen kawan masa d KPM Bandar Melaka dulu. She is Norshakinah Mohamed Said, my lovely sis.. :)

-the dais-

orang yang tak penah makeup sekali kena makeup memang cantik.
she's really gorgeous on that day.
baju pulak didesign sendiri oleh her sis.
nice kan?? 

me n kak kinah :)

KPM BM friends..

rossa bz texting ger BF.. haha

comel je paut tangan encik suami.


Aku datang Palong ni pun tumpang orang. aku tumpang Kak Nad wif her fiancee. ha, yang ni pulak kawen bulan 6 tahun depan. lepas ni berjalan ke Terengganu pulak la nampaknye.. hehe
meh nak tunjuk muka kak nad ngan tunang dia..

mata sepet ala-ala Chinese look sikit.
sama padan la diorg ni.


Next week ada jemputan lagi. majlis kawen Aziema pulak, kawan sekolah 1 Jengka. tak tau la dapat balik ke tak.. 




makin seronok attend majlis kawen
dah sampai seru kot
berangan!
hehe



++ cool oke? ++

Aku diam.. budget cool and ambik tak endah tak bermakna aku tak terasa.. Luaran mungkin nampak biasa tapi dalaman ni takde sape yang tahu.


La Tahzan Jannah.. sentiasa ingat pada Allah. Dia baru sikit uji kita, kita dah mula nak mengalah.
Sabar.. selagi boleh sabar. InsyaAllah semua akan ok.
Thanks to my Bff sebab ade bila aku susah macam ni.  ni la Bff yang aku cari. semoga hubungan kita kekal sampai syurga.

Thanks dear.. :)










please mind your word when you speak
maybe it just a joke
but sometime it couldn't be a joke
its hurt someone else.

++ Aku beli lagi :) ++

Hoi hai.. eh, assalamualaikum. just quick update from me yang dah lama tak update ni.
Last week aku dah dapat buku-buku yang aku order dari Lejen Press Shop . tau tak Lejen Press?? alah, yang ade blog Terfaktab tu.. diorg ade jual buku dari Lejen Press. sebelum ni pun dah penah beli. mula-mula beli 1 je, 2nd time aku beli 2 buku. now for the 3rd time aku borong terus. beli kat pakej yang diorg sediakan.. 
Lets check it out!




3 yang teratas beli masa dulu. the rest 5, is the latest one.

Buat masa ni baru abis baca Aku Rindu 90's. memang sesuai ngan aku yang lahir pada tahun tu.. banyak kenangan. 
sape-sape yang berminat nak jengok-jengok buku apa yang ada, boleh tengok kat SINI.

ha tu je nak citer. bye

++ Ku Pilih Hatimu ++

3/10/2012 yang lepas is my bday. Buat keje giler lagi aku pegi KL jumpa my dear. Dah 1 tahun 2 minggu 3 hari kot tak jumpa dia.-sumber:daisypath- Memang cinta jarak jauh betul la. kalau orang lain tak tau la boleh tahan ke tak bercinta jarak jauh macam aku ni. 

Seronok? Mesti lah.. Pertemuan kali ni kiteorang banyak discuss pasal masa depan. Means hala tuju idup aku dengan dia. Ye, aku dengan dia dah betul2 serius, bukan bercinta untuk suka2 tapi untuk selamanya. 
Hope apa yang kami berdua rancangkan dapat direalisasikan di masa akan datang. Amin.. 

Masa nak balik tu sedih pulak. tapi cover lagi, boleh gelak2, senyum2 manja.. elok masuk je dalam bas and bila bas dah start gerak, dan2 air mata mencurah2.. oh,plizz.. Lepas ni tak tau bila nak jumpa lagi. :'( 

Nah, kita dedicated lagu ni khas untuk my dear.



‎" I tell the boys and girls : Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is relationship with Allah S.W.T. He will send her/him to you when you're ready. It is only the matter of time."

-Sheikh Mamdouh- cc Kitab Terfaktab



♥ I ♥ Love ♥ You ♥ Until ♥ The ♥ End ♥ Of ♥ My ♥ Life 


















++ Boleh la.. ++

Semalam, result exam keluar. tengok kat portal dia cakap tulis result boleh tengok dalam pukul 5 p.m and above. Tapi petang semalam aku keluar ngan parent pegi beli barang sikit, so aku tak cek la lagi. Bila dah malam aku dengan perasaan yang bercampur baur antara nak and taknak cek result gagah kan jugak buka portal Uniten. bila bukak je link yang tengok result tu dia punya loading tak hengat........... last2 error. "The page cannot be displayed". ok, takpe. aku refresh. still macam tu jugak. aku refresh lagi. tak keluar2 jugak.. refresh punya refresh sampai pukul 1 pagi.. Hampeh!!! ape pun tak keluar. fed up! esok je la aku cek.

Hari ni seawal pagi aku bangun terus bukak laptop. masih macam tu jugak.. Ya Robbi, apesal la server Uni aku ni. time2 ni lah dia nak problem. dalam pukul 10 aku try lagi, at last dapat jugak. Result?? Boleh la.. tapi jatuh sikit dari sem lepas. tak dapat capai ape yang aku inginkan. Hurm.. sedih2 :'( 
Housemate aku pun sama. takpe lah, janji aku dah buat yang terbaik. Next sem memang kena struggle la. 

Memandangkan esok aku dah nak balik Muadzam, hari ni entah angin ape rajin pulak nak buat Moist Chocolate Cake. Dulu dah penah buat tapi tak menjadi. HUHU
So, untuk hari ni nampak nya kek aku macam ok je.. ok lah dari takde. HAHA


Amacam?? terliur tak?






p/s : count the day for meet HIM. *Saranghae*




kuar ngan parent dapat hadiah
Tq mak n abah
sayang sangattttt!!
Mmmuuaaahhh
<3 <3 <3
(^_^)


++ Kahwin ++

Fuh fuh fuh..!!omakaiii..... dah bersawang blog aku nih. lama sangat tak update. Sebenarnya banyak benda nak story story ni tapi asyik tak sempat je. macam macam hal ade.

Ok seminggu lepas raya yang lepas jiran depan umah, Najwa merangkap kawan sepermainan dari kecik, sama sama bergelak ketawa guling guling naik basikal sampai jatuh luka luka dah selamat n sah menjadi isteri orang. tapi sayang sebab time wedding dia aku tak dapat hari coz time tu aku tengah final exam. sumpah sedih! :'(
Tapi sedih tu kejap je.. lepas abis final exam terus balik Jengka. then masa 15hb aku dipelawa oleh bapak Najwa tuk ikut bawak rombongan pengantin ke Kelana Jaya. At last dapat gak jumpa Najwa. hepi..!!!!

Jom tengok pic's Najwa dari akad nikah sampai ke majlis bertandang.

 anak buah Najwa yang tolong ambik kan pic ni.. Tq Syara

 suami nya.. Adam Ashraf *keje oil n gas kawww....*

 see.. RM 10K ye kengkawan..

 selamat sudah.

 siap berduet lagi. nyanyi lagu 'Untuk Dia' tapi dah ditukar jadi 'Untuk Wawa'
yang ni pic kat Kelana Jaya. cantik kan?
 


For your information, masa majlis bertandang ni aku di jemput oleh abang Najwa tuk join sekali makan beradab ngan pengantin.. tQ Abg Wai sebab bagi layanan special tuk aku.. yelah sebelum ni kan aku tak dapat datang. so, bila kat sini dapat layanan istimewa.. HEHE.

So, Najwa.. aku harap ko dapat menjadi isteri yang solehah n sentiasa taat pada suami. sayang ko ketat2!! :D