Showing posts with label angan2. Show all posts
Showing posts with label angan2. Show all posts

++ aku mahu kahwin! ++


Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin.


kahwin?? dah ready ke nak pikul tanggungjawab?
^_^

++ sweetnyerrrrr la haiii.. ++


Nasi Goreng Cina - Deqwan (Remaja TV9) & Dalili Michelle (Melodi)

" pegang pada IMAN "
... itu sebab nya TUHAN jadikan cinta kita bersatu ...


amacam?
mesti kepala otak tengah berangan jugak kan?
hahaha

++ dream car ++



hola.. selamat b'hujung minggu..
macam mana hujung minggu korg? ok ke k.o ??

tetibe malam ni rase macam nak citer pasal kereta idaman aku - kalau orang kampung aku cakap 'my dream car' .. hehe *orang kampung aku pandai cakap omputih tu.. anda mampu?? :p

aku tak tau la nape aku suka sangat ngan kereta suzuki swift tu.. pantang nampak depan mata pasti tak b'kelip di buatnya.. *tiputipu padahal tak de la grand mane pun kalau nak di banding kan dengan Lamborghini ke Ferrari ke Mini Copper yang mahal giler tu ke kan..

bila cakap dekat mak ngan abah pasal kereta tu je.. mula la diorang buat derk je.. ish! sabor je la..
pastu kalau nampak kat jalan aku pun dengan excited nye tunjuk kat diorang, sekali lagi diorang buat derk je.. adoi............

tetibe mak cakap 'tu kete yang ko minat? kontot je...'
aku pun balas la.. 'memang la kontot tapi comey ape..'
abah pulak bersuara ' ape yang istimewanya nya? biasa je abah tengok..'
aku balas la.. 'oke la.. abah ngan mak tak suka tak pe, saya suka.. '
.................. diam + merajuk sikit ....................

tak di nafikan suzuki swift tu memang la tak besar mana, kecik je..
sesuai untuk perempuan yang bajet2 comey n ayu2 .. :)
sometimes look sporty.. kan??
tapi kan aku lagi suka kalau suzuki swift tu ade wane ungu metalic macam kereta myvi yang baru tu.. mesti sweet je............... *berangan wink wink~~


nak kereta ni tapi nak yang wane ............. UNGU
macam ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-



haish, bila la agak nya boleh dapat kereta ni..
korg doakan untuk aku ye!
:)