Showing posts with label aque. Show all posts
Showing posts with label aque. Show all posts

++ Where are you..?? ++



Yes, sometime I just need someone to talk to.. share my happiness and sadness.
But, you won't be there.  It's ok. I'll keep think positive whatever happen in my life. I believe God try to test me. 

++ HURT ++


Terkilan.. sangat terkilan. kalau dah niat dari awal macam tu, sampai bila-bila pun sama jugak. :'(

++ Thanks a lot ++

Tak ada apa lagi yang mampu aku ucapkan selain terima kasih banyak-banyak dekat Mak dan Abah sebab sanggup datang Muadzam nak tengok aku yang tak lalu makan dah seminggu ni. Dah la tu, Mak siap bawak nasi, gulai ikan merah, ayam goreng, n buah dukung (tak tau betul ke tak ejaaan nye) pulak tu. Punya la gigih.. tadi siap berkelah lagi tau. HEHE


Aku tak mengharapkan pun diorg nak datang. Yang semalam pun aku call saja nak bagi tau yang aku dah seminggu tak lalu makan. Tak sangka pulak boleh buat abah risau sampai macam tu sekali. Bersalah nye rasa sebab dah menyusahkan diorg. :(

Mak.. Abah.. Mintak maaf kalau saya menyusahkan mak abah. Tapi apa-apa pun saya nak ucap TERIMA KASIH SANGAT SANGAT SANGAT sebab prihatin dengan kesihatan anak dia ni.  Sayang mak abah dunia akhirat. Semoga Allah melimpah kan rahmatnya kepada mak abah dah di panjangkan umur.


- pic raya puasa tahun ni dengan arwah atok -
rindu atok jugak Al-Fatihah :(








walaupun dah jumpa siang tadi rindu tu tetap ada.
(^__^)



++ cool oke? ++

Aku diam.. budget cool and ambik tak endah tak bermakna aku tak terasa.. Luaran mungkin nampak biasa tapi dalaman ni takde sape yang tahu.


La Tahzan Jannah.. sentiasa ingat pada Allah. Dia baru sikit uji kita, kita dah mula nak mengalah.
Sabar.. selagi boleh sabar. InsyaAllah semua akan ok.
Thanks to my Bff sebab ade bila aku susah macam ni.  ni la Bff yang aku cari. semoga hubungan kita kekal sampai syurga.

Thanks dear.. :)










please mind your word when you speak
maybe it just a joke
but sometime it couldn't be a joke
its hurt someone else.

++ Yang Terbaik ++


Setiap orang mesti nak yang terbaik dalam hidup dia. tak kisah la dari segi ape sekali pun. sebab bila kita dapat memilik nya, itu adalah satu kepuasan.. kalau mengikut Maslow Hierarchy Theory yang aku study dari sem 1 sampai sekarang ni, dalam hidup kita ni mempunya 5 level. Level yang paling atas sekali and yang terakhir adalah Self-Actualization.. yang mana kita betul betul dah capai apa yang kita ingin kan.. means hidup kita betul betul dah stabil. aku? belom sampai ke tahap tu lagi.. masih merangkak rangkak mencari hala tuju untuk masa depan yang cerah.
(wah, tak pasal pasal aku share pasal Maslow Hierarchy ni..hehe)


Sebenar nya apa yang aku sampai kan dalam entry kali ni adalah pasal teman hidup kita a.k.a pasangan yang akan bersama sama kita dalam susah atau senang sepanjang hayat kita. Aku selalu menjadi kan abah aku sebagai idola. dulu masa kecik kecik mungkin tak perasan tapi bila usia dh semakin meningkat ni banyak yang aku perhati kan.

Abah aku ..
-seorang yang penyabar tapi jangan di cabar kesabaranya.
-tak panas baran sesuai dengan namanya..(Ab Latif = yang maha lemah lembut)
-seorang yang berjimat cermat. tak suka membazir. abah memang tak suka bab bab membazir ni. amalan syaiton katanya.
-bekerja keras. memang la kena kerja keras membanting tulang untuk cari rezeki bagi anak anak makan. dulu mak and abah selalu citer masa zaman mula mula masuk FELDA. sangat lah susah. tapi aku buat buat tak dengar.. bukan aku sengaja tak nak dengar, tapi nanti bila dah start citer tu kang mula la ade butir butir jernih mengalir kat tepi mata ni ha.. =_= takmo takmo!
-pandai ambik hati aku.
-boleh ke dapur.. ha ni maksud nye boleh la jugak bab bab masak ni. sorry to say bukan macam sesetengah laki tau goyang kaki je. balik keje bini dah sedia makan. pinggan sendiri pun tak basuh.. my dad? no no no. dia tak penah tinggalkan pinggan yang di guna dalam sinki. mesti dia akan basuh sendiri.
-IMAM. this is the best part. aku suka bila solat dan di imam kan oleh abah. bukan saja boleh jadi imam di umah, tapi jugak kat surau yang dekat dengan umah aku. (sayang nya baru baru ni tak sempat nak pegi terawih and sebab dah balik muadzam, dah la abah yang jadi imam.huk3 T__T)

Kalau nak citer pasal abah memang banyak, aku harap di masa akan datang si dia mempunyai sikap sikap macam abah.
Abah is the best idol in my life. Luv u dad!


boleh??




rindu mak and abah.
-_-


++ aku yang TERSEPIT ++


Dugaan datang lagi..


Entah kenapa aku selalu jadi mangsa. dari time diploma lagi. tiap tiap sem ade je hal yang berlaku. bukan nak merungut, cuma kadang kadang tertanya tanya kenapa aku..??


Hurm..


Dulu.. aku cuba usaha kan untuk memperbetul kan hubungan antara dua sahabat karib. diorg dah berkawan dari sekolah menengah sampai la diploma. kira aku jadi orang tengah la. last last aku dapat tau yang ade mulut mulut manis mencanang yang aku ni la penyebab dua orang kawan tu berenggang.. aku macam..?????
niat aku nak bagi diorg baik semula, tapi aku yang kena.. aku yang jadi mangsa keaadan.


Sekarang..


Sejarah berulang lagi.. bukan dari kawan kawan, tapi dari keluarga. aku cuba untuk menjaga hubungan diorg dari ape ape masalah. aku pun kalau boleh tak nak masuk campur.. yelah hal rumahtangga org, takkan kita nak sibuk sibuk pulak. tapi bila dah ada yang mintak tolong aku ni rasa berat sangat hati.. bukan ape, aku tolong untuk PREVENT..but now? semua dah terbongkar.. susah la gini.
aku juga yang jadi mangsa keadaan. aku tak faham la..


Patut la beberapa hari yang lepas aku dapat mimpi yang pelik. aku mimpi someone yang aku kenal.. dalam mimpi tu aku menangis giler giler sampai aku dapat rasa macam air mata aku mengalir kat tepi mata ni. serius! bila bukak mata memang ade air mata..


Bila try Google cari ape makna mimpi tu katanya aku akan dapat something dari org yang aku nampak dalam mimpi tu. entah. aku hanya baca je. bukan boleh percaya. kang dah jadi khurafat, syirik n sewaktu dengan nya lagi susah..


So, sekarang konklusinye aku lah mangsa keadaan. org lain mungkin tengok aku senyum hepi je memanjang, tapi dalam hati n kepala otak macam macam nak kena pikir.
Stress!









++ Long Distance Relationship ++


Sehari dua ni ade 2 orang member tanya aku..


Girl 1 : akak.. akak rase ape ye bila lama tak jumpa ngan pakwe akak? Joyah (bukan nama sebenar) tengok akak rileks jek.. text pun jarang jarang. call selalu tak? akak tak rindu??

Jawapan aku : hurm.. nak buat macam mana, dia keje.. sebab tu jarang text. call pun sama. tapi takde la sampai tak tanya khabar langsung.. tengok keadaan la. rindu? biasa la tu.. terima je la. :)

Girl 2 : weyh, ang ok je kan bila lama tak message ngan dia. tak rasa pape?

Jawapan aku : ok je.. malas nak paksa paksa dia sangat. dia kan keje. keje shift pulak tu..kejap siang kejap malam, tunggu time free je la..


Jawapan aku untuk kedua dua soalan ni lebih kurang sama je kan? masa mula mula couple ok je, sebab masa tu aku still study kat Melaka then umah si dia pun kat Melaka. tapi lepas aku dah habis study kat sana rasa macam berkecamuk jugak jiwa ni. selalu terfikir boleh ke jarak jauh macam ni? kuat ke aku? i take it slowly.. terus kan hidup macam biasa, walau pun hati ni macam rase pelik sikit.

Tak di nafi kan sejak sejak si dia dah bekerja ni memang kiteorg jarang berhubung. aku kene tunggu time dia offday. itupun kalau dia tak keluar main futsal. aku tak boleh nak halang semua aktiviti dia, yelah dah penat keje kan nak jugak rest kan badan.. ade la jugak kalau time mood aku tak berapa nak betul dia pegi main futsal pun aku bising.. hehe ntah pape kan.

Sekarang kan zaman dah moden yang jauh boleh di dekat kan. ape guna teknologi berlambak tapi tak di guna. semalam aku ambik peluang berSkype dengan dia selama 3 jam. dah nak jumpa tak boleh, via skype je la.. ok lah tu kan. sekurang kurang nya terubat la sikit rindu kan. :)


Bagi aku apa yang penting dalam sesuatu hubungan tu adalah keyakinan pada hati. saling mempercayai pun sama. curang? hurm.. kalau niat tu tak betul bukan setakat jarak jauh, yang ade depan mata pun boleh curang kan.. apa apa pun ia berbalik kepada diri masing masing lah..


Lagi 1, kita yang beragama Islam ni apa salah nya lepas solat tu memohon doa pada Allah. semoga hubungan kita tu sentiasa di berkati.. semoga hati si dia sentiasa dekat dekat kita. insyaAllah hubungan tu akan ok..











miss u damn much!!
:)


++ Result & Buku dah dapat ++

Hai semua, selamat hari Jumaat. hari ni result exam dah keluar. aku ingat boleh cek pukul 8.00 pm macam sem lepas, rupanya awal awal pagi lagi dah boleh. kahkahkah lambat betul aku ni.

So, result nya boleh la. pointer naik sikit dari sem lepas dan yang penting NO REPEAT!! Ya Allah, bersyukur sangat sangat. bukan ape jadual exam aku sem ni padat sangat. 4hari paper direct, takde gap langsung. kepala otak tak payah cakap lah kan. nak kena hadam 1 malam 1 buku. tu la padahnya bila study last minute. -jangan ikut style aku-
tapi aku memang suka study macam ni.hehe subjek yang aku takut2 kan sangat dapat pass dengan jaya nya.

Tadi sempat jugak la aku tolong cek kan result houesmate aku. tahniah buat Yana sebab dapat dekan lagi. memang terbaik la. lepas ni nak pinjam otak dia sikit. hehe
entah bila boleh nak dapat dekan ni.kena struggle lebih nampaknya. :(

Hari ni jugak aku dapat buku buku yang aku order dari Lejen Press. dulu aku ade beli Kitab Terfaktab versi 1. kali ni aku order Kitab Terfaktab 2 & Sperma Cinta pulak.


Sperma Cinta?? buku lucah ke? kenapa tajuk macam tu..
dengar ye kawan kawan, Sperma Cinta bukan buku lucah, tapi himpunan citer lawak.
nak tau kena la beli. korg boleh order di Lejen Press dan bagi sape2 yang ade kat area The Mines, diorg ade buat Pesta Buku kat sana sampai 3 Jun ni.


Lejen Press di FB : lejenpress







thanks to Nyna sebab edit kan header baru
sayang dia. hehe
:)


++ aku mahu kahwin! ++


Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin.


kahwin?? dah ready ke nak pikul tanggungjawab?
^_^

++ Jodoh & Solat Istikharah ++


hai.. selamat tengah malam.
cuaca di Muadzam sekarang ni dingin je, mungkin nak ujan kejap lagi. dan2 je jadi pengulas kajicuaca.hehe

oke, aku nak citer siang tadi lepas lunch ngan classmate terus lepak2 kat surau sementara nak tunggu solat Zohor. kiteorg borak2 la hal2 semasa ni, ntah macam mana tetiba keluar pasal solat istikharah dalam mencari jodoh. semua orang tau yang solat istikharah ni bukan sahaja di gunakan untuk mencari jodoh semata2, juga untuk dalam hal2 lain. tapi kebiasaan nye ramai yang buat solat isthikharah sebab nak dapat petunjuk.

kawan aku suruh aku buat. tak nak la aku! awal lagi kot. bukan ape kang tetiba muncul orang yang tak aku sangka2. so, better aku tak buat. lagi pun andai kata kita dah nampak sapa jodoh kita tu, kita kena REDHA.. haish! aku tak bersedia lagi untuk buat solat iskharah tu..

tapi kan aku selalu mengharapkan yang terbaik dalam hubungan aku ngan buah hati aku yang sorg ni. aku tak reti la nak kenal2 ngan org lain. aku selalu doa semoga hubugna kiteorg ni kekal sampai akhir hayat.. agak2 dia ade doa untuk aku skali tak??


tapi kan.. andai kata aku ngan dia takde jodoh, macam mana ye????
(T_T)



Ya Allah, sesungguhnya aku menyayangi dia kerana-Mu.


ape2 pun hidup mati jodoh tu semua ketentuan Allah. kita sebagai hamba terima la dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan sebab setiap kejadian yang Allah jadi kan ade hikmah untuk kita kecapi..

pesanan untuk semua dan diri ini juga.






sayang kamu :)


++ miss you ++


serius! aku rindu kat ko..
baru ingat nak jumpa
sayang nya ko keje pulak hari sabtu ni..
:'(

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


..dan lagi sayang ko HANYA kawan aku..
aku harap kita berkawan sampai bila-bila
miss you dude!



tolong aku kawal perasaan nie..
:'(


++ Finally! I'm Graduated! ++


assalamualaikum wbt..

lama betul tak jengok2 belog nie. lately nie busy sikit.

oke2 nak citer nie.. aduh tak tahu nak start macam mana.hehe
29/10/11 baru2 ni dengan rasmi nya aku telah menggenggam sijil Diploma aku! I'm graduated! haha hepi sangat2. majlis konvo aku buat kat PICC, Putrajaya.

yang hepi nye bukan ape, dapat jumpa kawan2 sume.. sumpah rindu sangat999xxx kat diorang sume, especially yang kawan2 rapat, rossa, kak kinah, kak ain, christie, fatin sham.. (remy juga)huhu

tak nak citer banyak2 korang tengok je la pic kat bawah nie..

*kak ain, kak tatie n kak kinah

*syazwan aka imam, zakwan n farhana

*wan shakila, mira n jiha

*naz n kak nad

*farhati n jiha

*wif one of my besties rossa

*dari kiri- kak am, kak kinah, rossa, fatin sham, cue, christie n aku la..

*wif christie (rindu ko! <3)



*mubarak.. (akan ke australia bulan 2 thun depan..)




*pic nie aku rasa sangat kiut! hehe

oke, cukup la kot gambar2 tu, tak larat nak upload banyak2.. nak tengok gambar laen, boleh tengok kat Fb ye.



++ rindu dah terubat!!!!!! ++

pergh! dah lama giler tak update belog ni kan? haha
bz giler kot.
ade macam2 citer sebenarnya, tak larat la nak story semua. aku citer yang best2 sudah kan...? hehe

oke, kelmarin 17hb, aku buat 1 keje giler.. haha
ntah angin mana datang tetibe rasa nak jumpa my dear. dah lama sgt kiteorg tak jumpa. last jumpa pun masa raya haji tahun lepas.. cuba korg kira bape lama? haha org laen rasanya dah tak sanggup kot. memandangkan dah rindu sangat999x aku pegi KL jumpa dia. aku naek bas dari muadzam sampai ke seremban.then ambik komuter lak g batang benar..(xleh blah ngan nama tempat nie. klasik now rasanya..haha) dia datang ambik aku kat sana. sehari semalam merayap sakan.
tengok wayang kat the mines, maen bowling, makan kfc sampai pengsan*tiputipu. heaven giler...............!!!!!!!!!!!!!

bila dah penat berkampung kat the mines tu, kiteorg pun nak balek la. my dear ni bawak motor je, nak beli kete xde duit ag, xpe.. lagipun dia baru start keje, duit memang xbape nak ade lah kan.. its ok. time nak balek tu , motor plak buat hal. motor xboleh nak start. pergh, aku tengok dia dah berpeluh2 dah. bila tanya "cyg oke ke ni?" dia jawab "oke je, xpew nanti idup la ni.." kesian giler kot. bila dah try start bagai nak rak,motor x idup2 jugak. terpaksa la call member 1 umah ngan dia datang. (dak wan ngan taiko) si taiko nie tolong tolak motor ngan my dear dari the mines sampai ke umah diorg kat bukit mahkota.. jauh kot! kesian sangat2. aku naek kete ngan dak wan ni.. naseb la member 1 umah dia ni boleh harap. tapi aku rasa bersalah giler sebab kedatangan aku ke KL tu dah menyusah kan org laen plak. malu pun ade.. :(

dah sampai bukit mahkota tu, terpaksa la pinjam motor si taiko nie. duit minyak aku yang bayar. kiteorg merayap lagi. ingat nak lepak kat putra, tapi xboleh masuk plak, jalan ke masjid n dataran putra di tutup. pegi ke KL la plak, lalu depan dataran macam x syok plak nak lepak situ.. last2 pusing2 je la.. bayangkan mata dah mengantuk tapi layan kan juga. kalau tertido atas motor bahaya w0o....
bila dah pagi kiteorg breakfast kat mcD je.. time nak balek jadi 1 hal lagi.. tiket bas abis! di ulang tiket bas abis!!!!!!!!!!!!! down giler... time tu dah ade kat terminal kajang kot.
call kak ain,mintak pendapat dia. dia suruh turun seremban. tapi aku xyakin, sebab aku tau tiket kat sana pun mesti dah banyak abis.. muka dah xboleh nak senyum dah time tu..
bila dia tengok aku ngah sedih tu, my dear pun xsampai hati, so, dia sanggup antar aku kat pekeliling. sekali lagi turun KL.. menyusah kan dai lagi.. :'(
alhamdulillah kat sana ade tiket ke kuantan, syukur sangat2. time kat sini pun sedih jugak, sedih nak lepaskan dia....... uhuk! :'(
tapi macam mana pun aku kena balek juga, xkan nak merayap lagi kot. dah la dia xcukup tido. esok nye nak keje lagi, nak kene repair motor yang rosak lagi.. hurmm
ape2 pun semua rindu yang terpendam hampir 10 bulan dah dapat dilepas kan.. sekejap je rasanya..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

cyg, walau ape pun terjadi, cinta hati kita hanya cyg sorg je, kita akan tetap tunggu cyg.

miss u a lot!
love u damn much!
mmmmmmmuuuuaaaahhhh!
:)

++ dah 2 tahun!! ++




25-07-2011 yang lepas genap la 2 tahun hubungan kami..hehe
kejap nye masa berlalu.

-xoxo-

++ penang ++


Assalamualaikum semua...!!!
* nie entry semalam.. hehe x sempat post sbb b/band lembap giler!

isnin (29/6/2011) pukul 6.00ptg aku gerak g penang. sebenar nya malas nak join trip ni tapi member asyik ajak je, lagi pun tambang murah pulak tu.. korang caya tak tambang pegi penang nie hanya rm35 je!! hahaha murah kan? untung la..
mak aku pun pegi jugak sebab ganti abah, actly pagi2 isnin tu abah ada mesyuarat kat koperasi Felda then ada cabutan bertuah, abah dapat pegi penang ni tapi abah tak nak pegi so mak la yang ganti..

sampai penang dalam pukul 4.30pg. awal2 pagi lagi dah naek jambatan pulau pinang yang panjang giler tu.. *aku tak de la jakun sangat dengan jambatan tu sebab sebelum ni pun dah penah naik dah.. tapi tahun bila pun tak ingat dah.. dah lama sangat..

siap solat subuh kat masjid negeri n mandi bagi wangi2 sikit baru lah gerak pegi cari sarap pulak..
adoi kt penang ni kalau bab nak cari parking bukan maen susah lagi......... bas kiteorg nia dah bape kali pusing kat bandar tu..tak jumpa2 parking jugak.. last2 pusing punye pusing t'sampai dekat Bukit Bendera!! haha ingat kot nak masuk terus rupanye nak cari sarap dulu..
at last tak pusing balek ke Bukit bendera tadi..sebab dah jauh sangat
*hurm..ntah pape!

lepas perut pun dah kenyang kiteorg terus kan perjalanan g taman negara penang pulak..
aku dengan mak sempat lagi naek bot kt sane..huhu
mula2 ok.. tp bila bot tu dah berhenti, alamak! aku dah mula loya la...... naseb la bawak gula2 dalam beg.makan la sebijk dua..

barang wajib yang di beli di pulau pinang ni ape lagi kalau bukan buah pala n jeruk2 yang sewaktu dengan nya.. mak takde la shopping banyak mana pun sebab bukan ade sape pun yang nak makan jeruk2 tu.. beli pun buat syarat je..
yela alang2 dah jalan knn tak kan tak beli ape2 pulak kan..
aku beli ape je ek?hurmm keychain2 je la.. macam tak ade ape yang menarik pun kat sini..

wif my mom

kt tepi masjid terapung.. ape nama masjid ni ntah..

taman negara

jeti taman negara

rehat sebantar selepas b'shopping buah pala

++ Big Family ++



hola..
selamat ujung minggu!

huh!
penat betul la..
semalam sepupu aku kawen, adeh.. sedara mara yang datang tak hengat!!!!!!!
ramai betul.. dari selangor, perak n negeri sendiri pun tak kalah jugak nak datang ramai2..

tengok je la pic's kat bawah ni yek..

selamat pengantin baru buat sepupu aku ni.. (anje n kamal)
*pengantin laki nie tido plak..


*nie pic abah aku dengan pakngah Awie dari kedah.. dah lame dia tak datang jengka..huhu
tq datang yek!

*kaum kerabat dari perak

*kaum kerabat selangor

*ops! owner blog!! hehe

ape yang paling best anak buah aku yang comey nie balik!! hehe
makin bulat n comey.. maklum la dah 7kg,
huh! semangat nak dukung dia..




rindu kamu la shahmi!! muah!

*meriah kan??
korang ade??
hehe