++ aku mahu kahwin! ++


Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin.


kahwin?? dah ready ke nak pikul tanggungjawab?
^_^

3 comments:

Perusahaan O.D.A.P said...

Wacana Artikel Yang Bagus...

Sekilas Info Bagi Blogger Mania yang ingin mendapatkan uang sampingan dari blog anda :-)
Lowongan Kerja Sampingan Gaji Pokok 2 Juta rupiah/Bulan, Kesempatan Income Hingga Puluhan Juta Rupiah. Pendaftaran Melalui http://newkerjaonline2012.blogspot.com/

Liyana Rahim said...

duhai mak dan ayah...anakmu ini ingin kahwin tp calonnya ngak ada...huhuhu

Jannah Latif said...

sabar ye yana.. calon dh d tetap kn. cuma xjmpe je lg.. :)