++ Dream High ++

Dua tiga hari ni keje duk layan citer korea je. mentang mentang assignment tak dapat lagi, presentation pun tak start lagi, so aku masih boleh duk goyang kaki layan movie sampai lebam. kehkehkeh


Dream High ni best. syok je tengok diorg menari. aku jatuh cinta kejap dengan si 2PM sorg ni, Woo Young (Jason). comel macam member kat kolej dulu. :)

Aku ni tak berapa nak update sangat bab bab citer Korea ni, sebab aku bukan la terlampau fanatic and addicted .. Running Man tu sekali je aku penah tengok.. so, jangan tanya aku sape yang terlibat dalam game show sebab aku tak kenal. haha

Sejak sejak duk layan citer ni, ringtone pun aku tukar guna ost theme song citer ni. for the 1st time tu guna ringtone korea ni. haha *buat malu je*


ok la nak sambung tengok movie ni.
see u then, bye ..






++ Buah Hati ++

Asal bukak lappy je nampak muka budak sorg ni. rindu sangat2. baru setahun 5 bulan tapi suka betul bergambar.. dah macam model pulak aku tengok.

















tak sabar nak jumpa awal Ramadhan nanti
sayang shahmi ketat2
muuaahh!! :*


++ Long Distance Relationship ++


Sehari dua ni ade 2 orang member tanya aku..


Girl 1 : akak.. akak rase ape ye bila lama tak jumpa ngan pakwe akak? Joyah (bukan nama sebenar) tengok akak rileks jek.. text pun jarang jarang. call selalu tak? akak tak rindu??

Jawapan aku : hurm.. nak buat macam mana, dia keje.. sebab tu jarang text. call pun sama. tapi takde la sampai tak tanya khabar langsung.. tengok keadaan la. rindu? biasa la tu.. terima je la. :)

Girl 2 : weyh, ang ok je kan bila lama tak message ngan dia. tak rasa pape?

Jawapan aku : ok je.. malas nak paksa paksa dia sangat. dia kan keje. keje shift pulak tu..kejap siang kejap malam, tunggu time free je la..


Jawapan aku untuk kedua dua soalan ni lebih kurang sama je kan? masa mula mula couple ok je, sebab masa tu aku still study kat Melaka then umah si dia pun kat Melaka. tapi lepas aku dah habis study kat sana rasa macam berkecamuk jugak jiwa ni. selalu terfikir boleh ke jarak jauh macam ni? kuat ke aku? i take it slowly.. terus kan hidup macam biasa, walau pun hati ni macam rase pelik sikit.

Tak di nafi kan sejak sejak si dia dah bekerja ni memang kiteorg jarang berhubung. aku kene tunggu time dia offday. itupun kalau dia tak keluar main futsal. aku tak boleh nak halang semua aktiviti dia, yelah dah penat keje kan nak jugak rest kan badan.. ade la jugak kalau time mood aku tak berapa nak betul dia pegi main futsal pun aku bising.. hehe ntah pape kan.

Sekarang kan zaman dah moden yang jauh boleh di dekat kan. ape guna teknologi berlambak tapi tak di guna. semalam aku ambik peluang berSkype dengan dia selama 3 jam. dah nak jumpa tak boleh, via skype je la.. ok lah tu kan. sekurang kurang nya terubat la sikit rindu kan. :)


Bagi aku apa yang penting dalam sesuatu hubungan tu adalah keyakinan pada hati. saling mempercayai pun sama. curang? hurm.. kalau niat tu tak betul bukan setakat jarak jauh, yang ade depan mata pun boleh curang kan.. apa apa pun ia berbalik kepada diri masing masing lah..


Lagi 1, kita yang beragama Islam ni apa salah nya lepas solat tu memohon doa pada Allah. semoga hubungan kita tu sentiasa di berkati.. semoga hati si dia sentiasa dekat dekat kita. insyaAllah hubungan tu akan ok..











miss u damn much!!
:)


++ Kawen n Gathering Part 1 ++

Hadoi.. sebenar nya dah lama nak update tapi tak lepas lepas. kali ni tak kira nk update jugak.
last week ade majlis kawen kawan aku kat Palong N.9 .. so petang Jumaat aku gerak pegi Melaka dulu sebab kiteorg dah plan nak pegi kenduri tu ramai ramai. konvoi la kata kan. tunggu bas kat terminal sampai dekat sejam. tiket aku pukul 3 kot, last last dekat pukul 4 baru bas sampai. masa bas baru je gerak dapat text dari Fatin Akma, dia cakap dia dah sampai Melaka.. OMG! bas aku baru nak gerak dia dah sampai.. alamat nye memang melangut la dia sorg sorg kat Melaka tu.. hehe kesian dia.

Sesampai je aku kat Melaka, aku pegi serang toilet dulu, sumpah tak tahan nak terkucil, aircond dalam bas bapak la sejuk, dengan ujan lagi.. huh! kalau tahan tahan lagi, mau jadi batu karang. ish, tak nak aku! then kiteorg dengan kelam kabut cari bas ke Masjid Tanah, kata Fatin sepanjang lebih kurang plus minus 4 jam dia tunggu aku tu, dah ade 3 bas ke Masjid Tanah dah jalan. ommo! ade lagi ke tak bas ni, dah malam kot..
nasib menyebelahi kiteorg, bas yang betul betul depan mata tu nak ke Masjid Tanah rupanya.. lega sangat sangat..

Malam tu aku dengan Fatin Akma (1) tumpang tido di umah Fatin Atiqah (2), -dua dua Fatin-
diorg berdua ni member aku dari sem 1 sampai la sekarang, even masing masing dah buat hal sendiri, tapi kami still contact lagi.

Esok pagi sesudah subuh kami bertiga dengan bersemangat waja bersiap. yelah nak tumpang org kena lah siap awal. time tengah sarap Fatin (2) call Haziq aka kiteorg punya driver, tak angkat.. tak pe, call si Bob pulak. tak angkat jugak.. call Khai, sama je, ni sume pesen tak reti nak bangun tido awal awal.. tak lama lepas tu, si Khai call dia bagi tau baru nak gerak pegi umah Haziq nak ambik kete, hadoi....... nasib la umah diorg tu tak berapa jauh. jenuh gak la menunggu. sesampai kat umah Haziq pulak tengok Kak Ain dah ade.

Bila sume dah siap, kiteorg pun gerak ke Alor Gajah sebab nak tunggu 3 bijik kete lagi, si Zack berdua dengan awek dia yg comel tu, Chue n Wan Shake dan sebijik lagi si Zuri n Kecik. oh part ni memang sume geram, Bob call Zuri tanya kat mana, dia boleh cakap still kat Muar.. masa tu dah pukul 12.30 tengah hari kot. tunggu punya tunggu dekat pukul 1.30 jugak la diorg sume sampai.. menyirap je. haha

Perjalanan ke Palong tu lama la jugak, kami sume sampai dekat pkul 4 petang gitu. ingat kan dah salah umah kenduri sebab tak nampak org sangat pun, tapi nasib la betul. itu pun sebab nampak kawan kami yang jadi pengantin tu duk buat photoshoot kat luar..

Jumpa mak ayah pengantin then pegi makan. perut sume tengah berkeroncong, makan memang tak hengat la. lauk pulak sedap sedap.. memang layannnn.

Kak Kinah n Kak Am
cantik sangat! sayang diorg. :)

pic dengan pengantin harus ade..

love sis so much!

ambik berkat konon nye.. :)



Masa nak balik, salam n pelok cium diorg, ah! nangis lagi.. aku memang tak boleh bila pelok cium dengan kak kinah. dari dulu lagi. air mata ni asyik nak jatuh je. serius aku sayang dia sangat. kalau masa kat kolej dulu dia tu dah macam mak bagi aku. duduk sebilik dalam 3 sem ngan dia memang hepi sangat. buat keje gila sama sama, pegi karok sama sama. rindu akak! :(

Buat pengantin yang sangat cantik, Jannah harap Kak Am jadi isteri yang solehah, jangan gelak kuat kuat macam dulu.. akak dah jadi isteri orang, kena sopan sopan sikit. hee love u kak! muah! :)





tunngu part 2 ok..
pic gathering tak dapat lagi