++ Kawen n Gathering Part 1 ++

Hadoi.. sebenar nya dah lama nak update tapi tak lepas lepas. kali ni tak kira nk update jugak.
last week ade majlis kawen kawan aku kat Palong N.9 .. so petang Jumaat aku gerak pegi Melaka dulu sebab kiteorg dah plan nak pegi kenduri tu ramai ramai. konvoi la kata kan. tunggu bas kat terminal sampai dekat sejam. tiket aku pukul 3 kot, last last dekat pukul 4 baru bas sampai. masa bas baru je gerak dapat text dari Fatin Akma, dia cakap dia dah sampai Melaka.. OMG! bas aku baru nak gerak dia dah sampai.. alamat nye memang melangut la dia sorg sorg kat Melaka tu.. hehe kesian dia.

Sesampai je aku kat Melaka, aku pegi serang toilet dulu, sumpah tak tahan nak terkucil, aircond dalam bas bapak la sejuk, dengan ujan lagi.. huh! kalau tahan tahan lagi, mau jadi batu karang. ish, tak nak aku! then kiteorg dengan kelam kabut cari bas ke Masjid Tanah, kata Fatin sepanjang lebih kurang plus minus 4 jam dia tunggu aku tu, dah ade 3 bas ke Masjid Tanah dah jalan. ommo! ade lagi ke tak bas ni, dah malam kot..
nasib menyebelahi kiteorg, bas yang betul betul depan mata tu nak ke Masjid Tanah rupanya.. lega sangat sangat..

Malam tu aku dengan Fatin Akma (1) tumpang tido di umah Fatin Atiqah (2), -dua dua Fatin-
diorg berdua ni member aku dari sem 1 sampai la sekarang, even masing masing dah buat hal sendiri, tapi kami still contact lagi.

Esok pagi sesudah subuh kami bertiga dengan bersemangat waja bersiap. yelah nak tumpang org kena lah siap awal. time tengah sarap Fatin (2) call Haziq aka kiteorg punya driver, tak angkat.. tak pe, call si Bob pulak. tak angkat jugak.. call Khai, sama je, ni sume pesen tak reti nak bangun tido awal awal.. tak lama lepas tu, si Khai call dia bagi tau baru nak gerak pegi umah Haziq nak ambik kete, hadoi....... nasib la umah diorg tu tak berapa jauh. jenuh gak la menunggu. sesampai kat umah Haziq pulak tengok Kak Ain dah ade.

Bila sume dah siap, kiteorg pun gerak ke Alor Gajah sebab nak tunggu 3 bijik kete lagi, si Zack berdua dengan awek dia yg comel tu, Chue n Wan Shake dan sebijik lagi si Zuri n Kecik. oh part ni memang sume geram, Bob call Zuri tanya kat mana, dia boleh cakap still kat Muar.. masa tu dah pukul 12.30 tengah hari kot. tunggu punya tunggu dekat pukul 1.30 jugak la diorg sume sampai.. menyirap je. haha

Perjalanan ke Palong tu lama la jugak, kami sume sampai dekat pkul 4 petang gitu. ingat kan dah salah umah kenduri sebab tak nampak org sangat pun, tapi nasib la betul. itu pun sebab nampak kawan kami yang jadi pengantin tu duk buat photoshoot kat luar..

Jumpa mak ayah pengantin then pegi makan. perut sume tengah berkeroncong, makan memang tak hengat la. lauk pulak sedap sedap.. memang layannnn.

Kak Kinah n Kak Am
cantik sangat! sayang diorg. :)

pic dengan pengantin harus ade..

love sis so much!

ambik berkat konon nye.. :)



Masa nak balik, salam n pelok cium diorg, ah! nangis lagi.. aku memang tak boleh bila pelok cium dengan kak kinah. dari dulu lagi. air mata ni asyik nak jatuh je. serius aku sayang dia sangat. kalau masa kat kolej dulu dia tu dah macam mak bagi aku. duduk sebilik dalam 3 sem ngan dia memang hepi sangat. buat keje gila sama sama, pegi karok sama sama. rindu akak! :(

Buat pengantin yang sangat cantik, Jannah harap Kak Am jadi isteri yang solehah, jangan gelak kuat kuat macam dulu.. akak dah jadi isteri orang, kena sopan sopan sikit. hee love u kak! muah! :)





tunngu part 2 ok..
pic gathering tak dapat lagi



No comments: