hai.. selamat tengah malam.
cuaca di Muadzam sekarang ni dingin je, mungkin nak ujan kejap lagi. dan2 je jadi pengulas kajicuaca.hehe
oke, aku nak citer siang tadi lepas lunch ngan classmate terus lepak2 kat surau sementara nak tunggu solat Zohor. kiteorg borak2 la hal2 semasa ni, ntah macam mana tetiba keluar pasal solat istikharah dalam mencari jodoh. semua orang tau yang solat istikharah ni bukan sahaja di gunakan untuk mencari jodoh semata2, juga untuk dalam hal2 lain. tapi kebiasaan nye ramai yang buat solat isthikharah sebab nak dapat petunjuk.
kawan aku suruh aku buat. tak nak la aku! awal lagi kot. bukan ape kang tetiba muncul orang yang tak aku sangka2. so, better aku tak buat. lagi pun andai kata kita dah nampak sapa jodoh kita tu, kita kena REDHA.. haish! aku tak bersedia lagi untuk buat solat iskharah tu..
tapi kan aku selalu mengharapkan yang terbaik dalam hubungan aku ngan buah hati aku yang sorg ni. aku tak reti la nak kenal2 ngan org lain. aku selalu doa semoga hubugna kiteorg ni kekal sampai akhir hayat.. agak2 dia ade doa untuk aku skali tak??
tapi kan.. andai kata aku ngan dia takde jodoh, macam mana ye????
(T_T)
Ya Allah, sesungguhnya aku menyayangi dia kerana-Mu.
ape2 pun hidup mati jodoh tu semua ketentuan Allah. kita sebagai hamba terima la dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan sebab setiap kejadian yang Allah jadi kan ade hikmah untuk kita kecapi..
pesanan untuk semua dan diri ini juga.
sayang kamu :)
2 comments:
salam...semoga jodoh ang dgn si dia. Amin..berdoa byk2...:)
hehe.. amin.. :)
Post a Comment