++ Long Distance Relationship ++


Sehari dua ni ade 2 orang member tanya aku..


Girl 1 : akak.. akak rase ape ye bila lama tak jumpa ngan pakwe akak? Joyah (bukan nama sebenar) tengok akak rileks jek.. text pun jarang jarang. call selalu tak? akak tak rindu??

Jawapan aku : hurm.. nak buat macam mana, dia keje.. sebab tu jarang text. call pun sama. tapi takde la sampai tak tanya khabar langsung.. tengok keadaan la. rindu? biasa la tu.. terima je la. :)

Girl 2 : weyh, ang ok je kan bila lama tak message ngan dia. tak rasa pape?

Jawapan aku : ok je.. malas nak paksa paksa dia sangat. dia kan keje. keje shift pulak tu..kejap siang kejap malam, tunggu time free je la..


Jawapan aku untuk kedua dua soalan ni lebih kurang sama je kan? masa mula mula couple ok je, sebab masa tu aku still study kat Melaka then umah si dia pun kat Melaka. tapi lepas aku dah habis study kat sana rasa macam berkecamuk jugak jiwa ni. selalu terfikir boleh ke jarak jauh macam ni? kuat ke aku? i take it slowly.. terus kan hidup macam biasa, walau pun hati ni macam rase pelik sikit.

Tak di nafi kan sejak sejak si dia dah bekerja ni memang kiteorg jarang berhubung. aku kene tunggu time dia offday. itupun kalau dia tak keluar main futsal. aku tak boleh nak halang semua aktiviti dia, yelah dah penat keje kan nak jugak rest kan badan.. ade la jugak kalau time mood aku tak berapa nak betul dia pegi main futsal pun aku bising.. hehe ntah pape kan.

Sekarang kan zaman dah moden yang jauh boleh di dekat kan. ape guna teknologi berlambak tapi tak di guna. semalam aku ambik peluang berSkype dengan dia selama 3 jam. dah nak jumpa tak boleh, via skype je la.. ok lah tu kan. sekurang kurang nya terubat la sikit rindu kan. :)


Bagi aku apa yang penting dalam sesuatu hubungan tu adalah keyakinan pada hati. saling mempercayai pun sama. curang? hurm.. kalau niat tu tak betul bukan setakat jarak jauh, yang ade depan mata pun boleh curang kan.. apa apa pun ia berbalik kepada diri masing masing lah..


Lagi 1, kita yang beragama Islam ni apa salah nya lepas solat tu memohon doa pada Allah. semoga hubungan kita tu sentiasa di berkati.. semoga hati si dia sentiasa dekat dekat kita. insyaAllah hubungan tu akan ok..











miss u damn much!!
:)


2 comments:

Liyana Rahim said...

kesabaran yang ditanggung skg akan membuahkan kemanisan di hari kemudian. insyaAllah... aku doakan jodoh ang dgn si dia berpanjangan :)

Jannah Latif said...

thnx yana.. :)