++ Bilik aku!! ++

Hari ni hari ke-4 aku dah ade kat Muadzam. start dari balik hari tu mood tak berapa nak ade. bukan ape sem ni aku kena share bilik.. urghh! sumpah tak best! aku dah biasa kot duduk sorg2 dalam bilik, bebas nak buat ape saje. katil dua, almari dua, meja study dua.. sekarang? NON HADO!

Sejak budak tu duk bilik aku, tak semena2 aku jadi pendiam. padahal dia bukan budak baru pun, sama batch dengan aku jugak masa masuk Uniten ni, tapi memandang kan dia course lain, jadi aku macam susah sikit la nak masuk ni.. tapi aku bukan la tak tegor lansung, ade la jugak pelawa2 makan.. hehe

nak citer pun takde mood. ah lantak la. aku buat hal aku je lah kan?











can't wait for tomorrow
nak pegi Melaka n Palong (N.9)
wedding member masa kat KPM
malam tu pulak ade gathering
miss them!!


++ Result & Buku dah dapat ++

Hai semua, selamat hari Jumaat. hari ni result exam dah keluar. aku ingat boleh cek pukul 8.00 pm macam sem lepas, rupanya awal awal pagi lagi dah boleh. kahkahkah lambat betul aku ni.

So, result nya boleh la. pointer naik sikit dari sem lepas dan yang penting NO REPEAT!! Ya Allah, bersyukur sangat sangat. bukan ape jadual exam aku sem ni padat sangat. 4hari paper direct, takde gap langsung. kepala otak tak payah cakap lah kan. nak kena hadam 1 malam 1 buku. tu la padahnya bila study last minute. -jangan ikut style aku-
tapi aku memang suka study macam ni.hehe subjek yang aku takut2 kan sangat dapat pass dengan jaya nya.

Tadi sempat jugak la aku tolong cek kan result houesmate aku. tahniah buat Yana sebab dapat dekan lagi. memang terbaik la. lepas ni nak pinjam otak dia sikit. hehe
entah bila boleh nak dapat dekan ni.kena struggle lebih nampaknya. :(

Hari ni jugak aku dapat buku buku yang aku order dari Lejen Press. dulu aku ade beli Kitab Terfaktab versi 1. kali ni aku order Kitab Terfaktab 2 & Sperma Cinta pulak.


Sperma Cinta?? buku lucah ke? kenapa tajuk macam tu..
dengar ye kawan kawan, Sperma Cinta bukan buku lucah, tapi himpunan citer lawak.
nak tau kena la beli. korg boleh order di Lejen Press dan bagi sape2 yang ade kat area The Mines, diorg ade buat Pesta Buku kat sana sampai 3 Jun ni.


Lejen Press di FB : lejenpress







thanks to Nyna sebab edit kan header baru
sayang dia. hehe
:)


++ Tunjukkan Aku Jalan Ke Syurga ++

Cuti sem dah nak abis. Isnin depan dah nak balik mexico city, eh! salah salah muadzam shah je pun. haha Jumaat ni pulak result exam keluar. ntah berapa la pointer aku dapat. hope tinggi dari sem depan.

Entry ni dah bersarang dalam draft selama lebih dari 2 jam, sebab time aku nak update tadi duk melayan debat kat Astro Awani pasal PTPTN.. sape yang tengok tau la betapa hot n cool nye debat tu.
ok, tak nak citer pasal debat tu, aku nak citer pasal buku yang aku baca ni. Tunjukkan Aku Jalan ke Syurga.


Mesti korg korg semua penah nampak or perasan kewujudan buku ni kat kedai kedai buku. bagi aku buku ni best! banyak pengalaman yang diceritakan sebagai pengajaran buat kita insan yang selalu lalai dan alpa dalam dunia ni. leka dengan duniawi sampai mengabaikan perkara perkara penting yang patut di amal kan sebagai saham di akhirat nanti.
-wah!nampak islamic sungguh entry aku kali ni-

seriously, meremang jugak bulu roma aku bila baca azab azab bagi kita yang buat dosa ni. perkara wajib kita lengah lengah kan, perkara wajib jugak kita abai kan.
yelah, selama aku hidup hampir 22 tahun ni, banyak perkara perkara wajib yang aku ambik ringan. insaf.. :'(

Jadi, aku nak syorkan kat korg korg di luar sana invest la sikit duit untuk beli buku ni. tak mahal pun dalam Rm12.90 je. takkan makan di Starbucks Coffee, Pizza Hut, KFC Mcd tu boleh keluar sampai lima enam puloh hinggit.. kan? buku ni berapa la sangat harga nya, tapi isi kandungan nya sangat sangat berguna. :)

Ok la tu je nak citer. sekadar perkongsian. baik untuk diri aku, baik jugak untuk korg semua.

bye





++ SEGMEN 1 : Blogwalking sambil tambah follower bersama Myza ++


siang tadi join GA, malam ni join segmen pulak.

takde syarat2 yang susah pun nak join.

sape yang ade kerajinan di tahap yang maksimum anda d alu-alu kan untuk join.

-klik banner untuk join-

Nama: Jannah Latif
Study : Uniten KSHAS, BBA (Hons) HRM


see u then,
bye :)





++ GA AmerCorner Free Domain and Aquapic Lomo.++

helo readers! selamat tengah hari, selamat hari Isnin, selamat menyambut bulan Rejab esok, selamat hari lahir bagi sesiapa yang bday dia hari ni.. selamat ape lagi ye?? ah!selamat jela ape2 pun.

ok, dah takde keje nak buat kat umah ni, duk layan Fb n blog je so terajin pulak nak join GA dari blog AmerCorner..

mana tau kot2 menang.. ah, itu pun kira nasib kan.

-sila klik banner kalau nak join-

tag 3 kawan :

tarikh tutup : 7.6.2012 11.59pm


sebelum tu alang2 dah singgah blog ni apa kata daftar d web pengguna. free je pun.
kat sini pun boleh menang hadiah besar jugak tau.
just click banner kat bawah ni oke..
see u then
bye :)





++ I'm Sick!! ++


i'm sick to repeat the same thing to you..
pliz set on your mind la..
you matured enough right??







Hate u!

















++ dah dapat! ++

hai selamat malam readers!! ha, ape yang dah dapat??
perasan tak kelmarin aku ade join segmen dari blog FizGraphic pasal nak bagi doodle free siap ade nama kita lagi.

so, sekarang aku dah terima doodle tu.
cute je..




















mana nye??













Taddaaa......

cute kan??





stop blogwalking for a few days
focus to exam
4 papers to go
daa~~

++ Segmen : Doodle Nama Saya ++

Hai! selamat malam dan selamat bercuti penduduk negeri Pahang sempena hari Hol.
negeri lain tak cuti ok.. Pahang je. :)

oke, malam ni gatal tangan nak join 1 segmen dari blog FizGraphic. dia nak bagi doodle yang comel and ada nama kita lagi.. memandang kan aku tak reti lukis doodle #fail!! so join je la segmen ni.

-nak join klik banner oke.. -

So, blogger FizGraphic, buat kan doodle yang comel tuk saya atas nama Jannah Latif dan saya nak warna PINK.

Tag :


Tarikh tutup : esok. (cepat!!)